CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, May 11, 2008

*LaTaR BeLaKaNg PrOdUk*

Syazza Frame Enterprise merupakan syarikat pertama yang menjalankan perniagaan bingkai gambar yang mana hiasannya adalah daripada rempah ratus serta barang-barang terpakai. Setiap bingkai gambar yang dihasilkan mempunyai nilai keseniannya yang tersendiri.

Syazza Frame Enterprise mempunyai moto dan objektif yang tersendiri dalam menjalankan perniagaan ini. Moto bagi perniagaan kami adalah : “Syazza Frame Enterprise mendapat keuntungan dengan mengeluarkan dan memasarkan bingkai gambar yang unik serta bermutu tinggi untuk para penggemar seni kraftangan. Ia menggunakan pelbagai rempah ratus serta bahan-bahan terpakai. Sasaran pelanggan adalah dalam kalangan para pelajar, pensyarah dan penggiat seni kraftangan.

Syazza Frame Enterprise mempunyai tiga objektif utama dalam menjalankan perniagaannya. Objektif pertama adalah untuk mempelbagaikan bingkai gambar yang sedia ada di pasara. Seperti yang kita tahu di pasaran kini terdapat lambakan bingkai gambar yang pelbagai rupa bentuk serta mempunyai keunikan yang tersendiri. Kehadiran Syazza Frame Enterprise dalam dunia cenderamata (bingkai gambar ini) adalah untuk mempelbagaikan kehendak pengguna. Maka para pengguna dapat mencari kelainan dengan membeli produk kami. Sudah tentu ramai antara para pengguna yang tidak dapat menggambarkan bagaimana hiasan bingkai gambar yang menggunakan rempah ratus. Menarik bukan? Maka para pelanggan dengan sendirinya akan tertarik untuk melihat kesenian pada bingkai gambar kami.

Objektif kedua pula adalah untuk mencipta keunikan pada bingkai gambar dengan menggunakan rempah ratus. Kebiasaannya rempah ratus hanya digunakan untuk makanan. Tetapi bagi Syazza Frame Enterprise rempah ratus bukan sahaja digunakan dalam pembuatan makanan tetapi juga boleh digunakan dalam penghasilan hiasan bingkai gambar.

Objektif ketiga pula ialah menaiktaraf kraftangan orang tempatan. Seperti yang kita maklum, negara Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan seni kraftangan seperti bakul yang diperbuat daripada rotan dan sebagainya. Kami bergiat aktif dalam perniagaan cenderamata ini adalah kerana mahu meningkatkan lagi mutu seni kraftangan yang sedia ada.

Kami terfikir untuk menggunakan rempah ratus sebagai bahan utama hiasan bingkai gambar kami selain barang-barang terpakai adalah kerana ianya tiada di pasaran serta tidak pernah dikeluarkan oleh mana-mana perniagaan di Malaysia. Maka kami telah memandang idea ini sebagai sesuatu yang unik serta kreatif.

Sebelum memulakan perniagaan kami telah mengkaji pasaran cenderamata serta membuat perhitungan mengenai risiko-risiko yang bakal kami hadapi. Maka, kami telah membuat persiapan untuk menghadapi sebarang risiko yang mendatang.

Bingkai gambar kami adalah terdiri dalam tiga jenis iaitu kayu, plastik dan kaca. Pembekal bagi bingkai gambar kami adalah di sekitar Tanjung Malim, Perak iatiu Billion. Billion merupakan pembekal utama kami bagi bingkai gambar yang kami hasilkan. Daripada bingkai gambar yang kami dapatkan, kami akan mengubahsuai serta menghias bingkai gambar tersebut menggunakan rempah-ratus.

Proses pembuatan bingkai gambar ini sangat mudah dan ringkas. Ianya tidak mengambil masa yang lama. Dalam sehari kami boleh menghasilkan sehingga 30 buah bingkai gambar.

*LaTaR BeLaKaNg PeMiLiK*

Syazza Frame Enterprise diterajui oleh dua usahawan muda yang baru berkecimpung dalam arena perniagaan seni kraftangan. Usahawan muda tersebut adalah:-

PEKONGSI PERTAMA

Nama : Maizatul Shakirah Binti Amir Hassan

Umur : 20 tahun

No. K/P : 880219-14-5350

Tarikh Lahir : 19 Februari 1988

Tempat Lahir : Hospital Besar Kuala Lumpur

Alamat : Lot 1382 Kampung Pasir Kerling, 44100

Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Pekerjaan : Pelajar

Kelulusan : Diploma Sains Kesetiausahaan


PEKONGSI KEDUA


Nama : Syazwana Binti Mohd Subhi

Umur : 20 Tahun

No. K/P : 880702-56-5582

Tarikh Lahir : 02 Julai 1988

Tempat Lahir : Hospital Besar Kuala Lumpur.

Alamat : No 32, Kampung Melayu Rasa,

44200 Rasa, Hulu Selangor,

Selangor Darul Ehsan.

Pekerjaan : Pelajar

Kelulusan : Diploma Sains Kesetiausahaan

*AnTaRa KoLeKsI PrOdUk*

Antara koleksi produk yang boleh ditempah adalah seperti berikut:-


Bingkai Gambar Jenis Kayu




Berharga : RM8.50






Bingkai Gambar Jenis Kaca







Berharga : RM7.50











Bingkai Gambar Jenis Plastik




Berharga : RM6.50

*CaRa PeMbELiAn*

Sebarang tempahan bolehlah berhubung terus dengan kami melalui talian :-

Cik Maizatul Shakirah Binti Amir Hassan (019-2421674)
@
Cik Syazwana Binti Mohd Subhi (013-2795809)
Anda juga boleh membuat tempahan dengan hanya menghantarkan email anda ke alamat email seperti berikut:-
@